Kursus AsPK merupakan kursus asas tentang pengurusan dan kepimpinan untuk pemimpin. Kursus AsPK digubal khas untuk membangunkan pengetahuan asas dan kemahiran mereka dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Kompetensi merupakan gabungan ilmu, kemahiran dan sikap. Kursus AsPK akan membangunkan empat kompetensi teras, Komunikasi, Membuat Keputusan dan Menyelesai Masalah, Kolaboratif dan Menugaskan Kerja dan Kuasa (Delegation) dalam kalangan  pemimpin. Kompetensi tersebut merupakan kompetensi teras yang diperlukan oleh pemimpin dalam persediaan menjadi seorang pemimpin cemerlang.


Pemimpin memiliki tret tertentu yang boleh dibangunkan. Pemimpin perlu memiliki tret Empati, Tenang, Telus, Teliti, Bercita-cita dan Optimis. Modul AsPK meliputi sesi kuliah mini, aktiviti, bahan rangsangan dan e-pembelajaran akan mengembangkan tret tersebut agar mereka berada di barisan pemimpin cemerlang.
Peserta perlu mengikuti eP@AsPK sebelum menghadiri kursus AsPK secara bersemuka.

Available courses

E-PEMBELAJARAN KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (AsPK)

Modul ini memperkenalkan teori dalam bidang asas pengurusan dan kepimpinan bagi  meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta membangunkan sekurang-kurangnya empat teras kompetensi kepada bakal pemimpin. AsPK merupakan satu kursus untuk bakal pemimpin. AsPK digubal khas untuk membangunkan peng…
  • Manager: HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN IAB