Skip to main content
0 Courses
Kumpulan kursus Kepimpinan Berasaskan Nilai (KBN) 2020 Kursus ini di tawarkan oleh Pusat Pembangunan Komuniti, IAB yang dulunya dikenali sebagai Pusat Kenegaraan.  Ada 4 siri kursus KBN akan dijalankan pada tahun 2020 ini. Untuk mendaftar untuk kursus-kursus ini sila ... PENGURUS PROGRAM:  En Azwan bin Wamin. Untuk mendaftar untuk kursus ini sila ke laman Insyst IAB (Permohonan kursus) Tentang kursus ini: Modul Kepimpinan Berasaskan Nilai (KBN) ini merupakan modul yang sangat penting kepada pemimpin sekolah. Melalui Modul KBN, pemimpin sekolah akan diperkenalkan dengan nilai-nilai utama dalam kepimpinan. Melalui modul KBN ini peserta perlu menjalani sesi pembelajaran di dalam talian (6 jam) dan sesi bersemuka (16 jam). Peserta perlu menamatkan kedua-dua sesi ini dan seterusnya akan dianugerahkan dengan sijil lulus dan sijil tamat kursus. Untuk sesi pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) peserta perlu menamatkan Modul Etika Kerja secara pembelajaran kendiri. Selain itu, peserta perlu menyiapkan beberapa tugasan yang disediakan. Untuk sesi bersemuka pula, peserta perlu menamatkan 8 modul dalam kursus yang akan dijalankan selama 3 hari. Akhir kata, selamat menjalani Kursus Kepimpinan Berasaskan Nilai dan semoga berjaya.Pengurus Program Kursus ini mengandungi 2 komponen.  1) Komponen dalam talian (8 jam), (2) komponen bersemuka (3 hari) Ke Kursus KBN 2019 (ARKIB)
loader image