Langkau ke kandungan utama

SINOPSIS

Modul ini dirangka untuk membangunkan keupayaan teacher leader sebagai pemimpin pertengahan yang strategik dalam mentransformasi budaya sekolah berasaskan aspirasi pendidikan negara. Selaras dengan mandat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pelaksanaan inisiatif utama seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Strategik Transformasi Digital Pendidikan modul ini memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan instruksional, situasional dan kolaboratif dalam kalangan guru. Teacher leader digalaskan peranan penting dalam memacu kemenjadian murid, menyokong guru lain melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC) serta menjadi agen perubahan dalam pelaksanaan inisiatif digital, STEM, dan pembelajaran sepanjang hayat. Modul ini juga menyokong Pelan Strategik Sekolah serta memperkukuh keberkesanan pelaksanaan dasar seperti TS25, SKPMg2 dan Kompas Digital. Dengan pendekatan berasaskan amalan reflektif, simulasi kepimpinan dan aplikasi teknologi, modul ini menyasarkan pembinaan kompetensi guru sebagai pemimpin yang berdaya saing, beretika dan berfokuskan murid dalam landskap pendidikan abad ke-21


  • Topik 1: Konsep Teacher Leader
  • Topik 2: Gaya Kepimpinan Instruksional
  • Topik 3: Gaya Kepimpinan Situasional

Skill Level: Beginner

loader image