
Kursus ini memberikan pengenalan kepada konsep kepimpinan
digital untuk pemimpin pendidikan, khususnya pengetua dan guru besar.
Berdasarkan Dasar Pendidikan Digital (KPM 2023), Pelan Strategik Kementerian
Pendidikan dan inspirasi 7 Tunjang Kepimpinan Digital oleh Eric Sheninger, kursus ini mengupas
peranan dan tanggungjawab pemimpin sekolah dalam mendepani transformasi digital
pendidikan. Melalui kursus ini, peserta
akan memahami asas kepimpinan digital, mengenal pasti tujuh tunjang utama,
serta mengetahui kaitannya dengan transformasi sekolah, budaya inovasi,
keterlibatan komuniti dan pembangunan murid fasih digital.
Skill Level: Beginner