Langkau ke kandungan utama

Modul ini dibangunkan khusus untuk pemimpin pendidikan bagi memperkasakan penggunaan Google Classroom (GC) dalam pengurusan sekolah secara digital, merangkumi aspek pengenalan dan sejarah Google Classroom, pengurusan operasional, pengurusan interpersonal dan keselamatan. Dari sudut pengenalan dan sejarah merangkumi perkembangan Google Classroom dalam sistem pendidikan di Malaysia. pengurusan operasional, modul ini menerangkan bagaimana fitur Google Classroom seperti Classwork, Stream, people, grades dan analytics dapat dimanfaatkan dalam pengurusan kurikulum dan pengajaran, pemantauan tugasan serta pentaksiran, dan pembangunan profesional guru secara berterusan. Dalam aspek pengurusan interpersonal, modul ini menekankan peranan Google Classroom dalam menyokong kolaborasi profesional antara guru dan pemimpin, kepimpinan instruksional yang responsif, serta komunikasi formal dan tidak formal yang berkesan. Bahagian akhir modul memberi panduan keselamatan digital yang merangkumi pengurusan privasi pengguna, kawalan akses, etika penggunaan dan isu keselamatan siber yang mungkin timbul dalam penggunaan Google Classroom. Modul ini dirangka untuk membantu pemimpin pendidikan mengurus, memimpin dan melindungi penggunaan teknologi secara strategik dalam ekosistem pendidikan abad ke-21.


Skill Level: Beginner

loader image