Skip to main content

Transformasi pendidikan di Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) kini berada pada gelombang yang ketiga. Bagi memastikan kepimpinan berprestasi tinggi dapat dicapai, pengetua dan guru besar perlu bertindak pantas, tangkas,dan cergas dalam menghasilkan produktiviti yang mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan agenda transformasi di peringkat sekolah melalui pengurusan pusat sumber yang mantap dan terpimpin, dengan mengambil kira era digitalisasi masa kini. Para pemimpin sekolah perlu proaktif dan berani mengharungi cabaran dunia VUCA dalam pendidikan di negara ini. Maka, pemimpin sekolah wajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan digitalisasi terutamanya dalam menyerap keilmuan melalui pengurusan pusat sumber digital yang merealisasikan kemenjadian murid. 



Skill Level: Beginner

loader image